Peluang terbaik rakyat Sabah buat perubahan

Oleh Intan Lestari

KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah hendaklah merebut peluang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini untuk melakukan perubahan demi masa depan negeri itu.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata,  adalah satu kerugian sekiranya rakyat Sabah tidak memanfaatkan peluang PRN dengan memilih pemimpin yang ada integriti dan wibawa. 

Katanya Perikatan Nasional (PN) menampilkan calon-calon yang berwibawa, berintegriti dan profesional yang mampu membawa perubahan untuk rakyat Sabah. 

“Calon-calon Perikatan Nasional adalah calon terbaik dan profesional. Kita semua tahu PN menampilkan calon berwibawa yang mampu membawa perubahan kepada rakyat Sabah. 

"Begitu juga manifesto yang ditawar PN mengemukakan pelbagai cadangan termasuk pembangunan wanita, golongan belia, ekonomi serta keselamatan rakyat," katanya ketika dihubungi selepas membantu kempen PN di Sabah.

Baru-baru ini PN melancar manifesto  yang mengangkat tema “Bagus Untuk Sabah” di mana ia disempurnakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Siti Zailah turut mengingatkan pengundi di seluruh kawasan Dun  Sabah memilih pemimpin yang terbaik untuk masa depan anak cucu mereka dan menolak pemimpin terbabit dengan rasuah dan salah laku. 

Kata beliau rakyat ibarat hakim dalam menentukan masa depan mereka sendiri. 

"Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat dituntut memilih siapa yang akan memimpin negeri dan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Saya mengharapkan rakyat Sabah bijak memilih pemimpin untuk masa depan Sabah. Semoga Sabah lebih membangun tanpa ada lagi ketirisan peruntukan kerajaan," katanya.


Post a Comment

0 Comments