TUMPAT: Seramai 160 mangsa banjir dari Kampung Geting dan Pantai Geting dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 berikutan paras air yang semakin meningkat hari ini.
Adun Pengkalan Kubor, Datuk Wan Roslan Wan Hamat ketika meninjau keadaan di PPS berkenaan berkata, jumlah mangsa dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.
Oleh itu beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menguruskan pendaftaran dan penempatan mangsa.
Antara pihak yang terlibat iaitu Ameerah dan sukarelawan Dun Pengkalan Kubor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penggawa serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kata beliau kerjasama semua pihak memudahkan proses penempatan serta memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga.
.jpg)
.jpg)
0 Comments