50 penternak di Kemahang terima sumbangan dedak


Oleh: Syamimi Manah

TANAH MERAH, 1 Disember – Sebanyak 50 penternak di Kemahang menerima suntikan sokongan melalui sumbangan dedak bagi mengurus operasi ternakan dengan lebih baik di kawasan itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemahang YB Mejar Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, pemberian tersebut merupakan antara program bantuan yang dilaksanakan hampir setiap tahun bagi menyokong pengusaha ternakan tempatan.

Menurutnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, agihan sumbangan itu dibuat secara berperingkat kepada kumpulan penternak yang berbeza setiap tahun supaya manfaat dapat dirasai secara lebih menyeluruh.


“Kita berusaha menambah baik kesejahteraan penternak melalui pelbagai inisiatif.

"Bantuan dedak merupakan salah satu bentuk sokongan langsung yang dapat meringankan kos operasi harian mereka,” katanya di laman rasmi, hari ini.

Beliau berharap suntikan sokongan itu bukan sahaja membantu meningkatkan hasil ternakan, malah memberi motivasi kepada penternak untuk terus mengembangkan usaha mereka pada masa hadapan.



Post a Comment

0 Comments