Netanyahu berdepan kes korupsi, salah guna kuasa

 

Oleh Dr Zulkeflee Yaacob

NETANYAHU secara rasmi meminta pengampunan dari Presiden Isaac Herzog atas dakwaan korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Kasus korupsi yang dihadapi Netanyahu dan isterinya menerima pelbagai hadiah mewah yang nilainya 260 ribu Dolar dari dua pedagang Arnon Milchan, iaitu produser Hollywood dan James Packer, jutawan Australia.

Sebelum ini Netanyahu didakwa membantu regulasi dan diplomatik untuk kepentingan perdagangan Milchan, termasuk lobi pajak dan visa AS.

Pada kasus kedua, Netanyahu melakukan urus niaga sulit dengan pemilik akhbar Yedioth Ahronoth, Arnon Mozes. Beliau ingin mendapatkan publisiti positif melalui siaran akhbar tersebut.

Sebagai timbal balas Netanyahu akan mendukung undang-undang yang membatasi distribusi suratkhabar Israel Hayom yang menjadi pesaing Yedioth Ahronoth.

Kasus ketiga Netanyahu menerbitkan regulasi menguntungkan ratusan juta dolar kepada Bezeq, iaitu perusahaan telekomunikasi milik Shaul Elovitch ketika beliau menjabat sebagai menteri komunikasi Israel (2014-2017).

Situs berita milik Bezeq, Walla diminta menayangkan pelaporan berita positif terhadap Netanyahu dan keluarganya, termasuk menekan berita negatif musuh sebagai reaksi kasus berkenaan.

Meskipun Netanyahu menghadapi tekanan dalaman tetapi beliau tidak akan mengundurkan diri dari medan politik meskipun menerima pengampunan, lapor Times of Israel 8 Disember lepas.

Beliau menafikan tuduhan dan dakwaan ke atasnya, sebaliknya menyatakan kasus korupsi dan penyelewengan kuasa hanya agenda jahat dari kumpulan yang mahu memecah belah Israel.

Desak Presiden tolak ampun Netanyahu

Terdahulu segelintir pemimpin oposisi Israel terutama ketua Partai Yesh Atid, Yair Lapid menyuarakan penolakan pemberian pengampunan kepada Netanyahu dan meminta Herzog menolaknya.

Mereka memberi syarat kecuali Netanyahu selaku pemimpin Partai Likud bersedia keluar dari dunia politik sekali gus pengakuan bersalah dan menunjukkan penyesalan.

Presiden Amerika Trump turut campur tangan apabila mengirim surat kepada Presiden Israel Isaac Herzog meminta diberi pengampunan kepada Benjamin Netanyahu dalam proses penghakiman kes korupsi.

Berikutan itu Herzog seperti terjerat kerana beliau dilapor begitu menghormati Donald Trump, atas dukungannya kepada Israel.

Pada surat itu Trump turut memuji kepemimpinan Netanyahu ketika Israel menghadapi perang yang dianggapnya konsisten dan tegas di medan perang.

Bagi Trump dakwaan terhadap Netanyahu dianggap bermotif politik sambil menegaskan beliau menghormati kebebasan sistem penghakiman Israel.

Selain itu misi diskusi Netanyahu dengan Trump dilihat terarah terhadap tuntutan supaya Hamas perlu melucutkan senjata secara total.

Perdana Menteri Israel menyatakan fasa kedua pelan gencatan senjata yang berkuat kuasa 10 Oktober lalu di Gaza bertujuan menghentikan perang yang tercetus bermula 7 Oktober 2023.

Fasal kedua gencatan senjata dilihat lebih sukar apabila Israel terus melakukan pelanggaran dan menuntut Hamas melucutkan senjata secara total.

Agenda itu menjadi fokus Netanyahu dalam misi bertemu Presiden Trump usai pertemuannya dengan Canselor Jerman, Friedrich Merz di Baitulmaqdis Disember lalu.

Hamas tetap syarat

Laporan Al Jazeera memetik kenyataan seorang pegawai kanan Hamas membayangkan Hamas bersedia menyerah senjata dengan syarat pendudukan Israel di Gaza ditamatkan.

Fasa kedua turut merangkumi pembentukan pemerintahan Palestin sementara bagi mengurus pentadbiran di bawah penyeliaan sebuah lembaga antarabangsa diketuai Presiden Amerika Syarikat.

Sebaliknya Hamas tidak akan menerima mana-mana pasukan antarabangsa asing memantau gencatan senjata dan mengendalikan proses pelucutan senjata selain pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kawasan sempadan.

Sikap bermuka-muka Netanyahu tidak mampu disembunyikan apabila akses liputan media antarabangsa dihalang daripada memasuki Semenanjung Gaza secara bebas bagi menilai keadaan di wilayah itu.

Tindakan tersebut sekali gus memperlekeh seluruh proses perundangan, meskipun gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

Ekoran itu Persatuan Akhbar Asing (FPA) menuntut akses bagi wartawan ke wilayah pantai yang masih ditutup dan ia akan didengar di Mahkamah Agung di Baitulmuqaddis.

Bagi meredakan isu tersebut Presiden Donald Trump mendesak supaya Israel membenarkan wartawan memasuki Semenanjung Gaza sejak Ogos lepas.

 

Post a Comment

0 Comments