Penternak DUN Kemuning terima lembu baka berkualiti


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN

MACHANG, 4 Disember - Sebanyak enam penternak di DUN Kemuning menerima agihan lembu baka bagi tahun 2025 melalui inisiatif Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi menerusi Jabatan Veterinar pada 19 November lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemuning YB Ahmad Zakhran Mat Noor berkata, lembu-lembu yang diterima merupakan baka terpilih bagi membantu meningkatkan kualiti ternakan para penternak.

"Alhamdulillah, lembu-lembu yang dimohon oleh penternak-penternak lembu dalam DUN Kemuning bagi tahun 2025 telah tiba dan diagihkan " katanya di laman rasmi, semalam.


Menurutnya, Lembu-lembu jenis Charolais, Limousin dan Brahman itu dihantar ke Mukim Pangkal Changgong, Sungai Hala, Bakat, Belukar, Baka dan Banggol Judah.

"Terima kasih kepada Jabatan Veterinar yang membekalkan lembu-lembu ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kesemua penerima insya-Allah" ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Kemuning Muhammad Al Karim Salleh berkata, agihan itu diberikan kepada enam penternak, dengan pemilihan dilakukan setiap tahun mengikut giliran mukim bagi memastikan pengagihan manfaat lebih tersusun dan adil kepada komuniti penternakan di kawasan tersebut.

“Inisiatif ini dapat membantu penternak meningkatkan hasil ternakan serta menyokong perkembangan industri ternakan di Kemuning,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Post a Comment

0 Comments