KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Sumbangan Bantuan Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dianggap tidak memberi kejutan politik.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, bantuan tersebut sudah menjadi rutin tahunan di era kerajaan Madani.
Katanya, perdana menteri mengumum pelbagai bantuan, namun rakyat seperti tidak kisah mengenainya.
“Pengumuman bantuan tersebut gagal menarik perhatian rakyat berbanding drama politik di Perlis dan agenda Muafakat Nasional.
“Kedua-dua isu terbabit masih mendominasi buah mulut sebahagian besar rakyat di media sosial dan kedai kopi,” katanya pada satu hantaran di Facebook hari ini.
Isu penyatuan ummah kembali menjadi perbualan kerana rakyat melihat wujud keretakan hubungan Umno-DAP.


0 Comments