KUALA LUMPUR: Menteri
Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap dirinya tidak layak untuk
menggalas jawatan perdana menteri (PM).
Sebelum itu Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) merakam ucapan terima kasih kepada menteri terbabit yang memberi jawapan dianggap layak untuk menjadi perdana menteri.
Kenyataan spontan itu dibuat ketika mengemukakan soalan tambahan mengenai rundingan Kod Tatalaku (COC).
Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno secara sinis menolak pelawaan tersebut seolah-olah beliau tidak mampu menggalas jawatan nombor satu negara.
"Itu pertanyaan nak menyusahkan saya namanya itu," kata beliau. Kemudian dibalas Nik Zawawi dengan berkata, "bukan (macam tu), kalau susah kami tolong."
Suasana sidang parlimen pagi tadi gamat dengan gelak ketawa sebahagian ahli parlimen berkaitan isu untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) sehingga mencetus pelbagai reaksi dan pandangan.
Isu MN kembali hangat ekoran hubungan Umno dengan DAP masih tegang sehingga membawa kepada Datuk Dr Akmal Saleh meletak jawatan sebagai anggota Exco kerajaan Melaka.


0 Comments