Ujian diagnostik beri tekanan murid prasekolah

 

Oleh A Rahman Harun |

KUALA LUMPUR: Ibu bapa bimbang ujian diagnostik akan memberi tekanan kepada kanak-kanak prasekolah berkaitan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035.

Rancangan itu dilancarkan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.

Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berkata, pelbagai spekulasi negatif dan positif terhadap langkah terbaru kerajaan bagi menggantikan perancangan satu dekad.

"Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia membuat libat urus bersama Jawatankuasa Pilihan Khas di parlimen untuk mendapat keputusan terbaik.

"Tetapi bila kita tengok sekarang pelbagai orang bercakap positif pun ada, negetif pun ada, sekarang peluang menteri buat pencerahan," katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut membangkitkan rasional membenarkan kemasukan tahun satu pada umur enam tahun dan sejauh mana kajian empirikal terhadap cadangan itu.

Sementara itu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kanak-kanak yang lahir pada tahun 2021 bakal memasuki tahun satu pada tahun 2027 ketika usia enam tahun bukan dijadikan eksperimen bagi pelaksanaan dasar baru itu.

"Soal libat urus semua telah berlaku dalam semua peringkat termasuk peringkat akar umbi menjurus kepada isu pendidikan awal," katanya.

 

 

Post a Comment

0 Comments