Hamzah tetap istiqamah bersama PN

 

KUALA LUMPUR: Harapan pihak tertentu perpecahan Bersatu sebelum ini melemahkan Perikatan Nasional (PN) rupanya tidak menjadi kenyataan apabila pemimpin yang disingkir tetap istiqamah bersama PN.

Semalam bekas Timbalan Presiden Bersatu Dato’ Seri Hamzah Zainuddin menegaskan terus menyokong PN yang dipimpin PAS selaku parti tunjang pakatan tersebut.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu.

“Dan kami memberikan sokongan penuh kepadanya bagi memimpin gabungan ini. Pelantikan ini merupakan konsolidasi serius bahawa PN benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara,” katanya pada kenyataan.

Pada kenyataan sama Hamzah memberitahu 18 lagi ahli parlimen Bersatu menyatakan sokongan di atas pelantikan Dr Samsuri.

Ahli parlimen terbabit iaitu Ahli Parlimen Beluran, Dato’ Seri Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Dato’ Wira Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Tanah Merah, Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Selain itu Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid; Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Dato’ Wan Saiful Wan Jan; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Dato’ Dr Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail; Ahli Parlimen Sungai Besar, Dato’ Muslimin Yahaya.

Turut menyatakan sokongan Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Abdul Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hassan; Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan dan Ahli Parlimen Mersing, Islahuddin Abbas.

Pada 13 Februari lepas Bersatu memecat 17 pemimpin kanan parti terbabit. Pemecatan itu dimaklumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Dato’ Mohd Radzi Manan.

Pemimpin yang dipecat termasuk Timbalan Presiden Bersatu bersama tiga Ahli Parlimen lain serta dua Adun. Tiga Ahli Parlimen terbabit iaitu Wan Ahmad Fayhsal; Kapten (B) Azahari dan Fathul Huzir.

Manakala dua Adun yang turut dipecat ialah Adun Sungai Manik Dato’ Zainol Fadzi Paharudin dan Adun Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

 

 

 

 

Post a Comment

0 Comments