Menteri akui sukar tangani masalah malnutrisi, bantut

 

Oleh A Rahman Harun |

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui usaha menangani masalah malnutrisi dan bantut agak sukar kerana ia melibatkan rantaian masalah yang saling berkaitan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat Isnin lalu memberitahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan khidmat nasihat, namun masalah inflasi menyebabkan harga makanan terus meningkat.

Katanya masalah itu tidak boleh diselesaikan melalui usaha KKM semata-mata, sebaliknya ia memerlukan kerjasama rentas kementerian seperti pertanian, pendidikan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat termasuk ekonomi.

"Susu atau lebih penting lagi susu formula diperkayakan dengan vitamin A dan sebagainya itu sangat mustahak dalam membuat intervensi," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat).

Sebelum itu Mumtaz berkata, 1,000 hari pertama kehidupan seseorang bayi bermula persenyawaan sehingga mencapai usia dua tahun merupakan tahap kritikal.

Kata beliau masalah bantut, amenia dan nutrisi ibu hamil terus berlaku di negara ini.

“Bahkan ia menjadi cabaran yang semakin meruncing biarpun pelbagai inisiatif dijalankan. Jadi saya cadangkan agar kerajaan menubuhkan jawatankuasa bagi memantau pelaksanaan program itu.

“Jawatankuasa tersebut boleh berperanan menangani situasi malnutrisi dan kesihatan ibu dan anak. Penggantungan kepada susu di luar susu ibu boleh menyebabkan masalah bantut,” ujarnya.


 

Post a Comment

0 Comments