Oleh Intan Lestari |
RANTAU PANJANG: Tahun Baru Cina bukan sekadar perayaan menyambut lembaran
baharu, sebaliknya sebagai simbol harapan, semangat dan azam untuk menjadi
insan yang lebih baik.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, dalam dunia penuh cabaran dan persaingan, hanya mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dan berdisiplin akan dapat berdiri teguh.
“Selain kebijaksanaan akademik, marilah kita membina akhlak dan nilai murni menghormati ibu bapa, menyantuni masyarakat, serta hidup dalam semangat perpaduan sebagai rakyat Malaysia.
“Negara memerlukan generasi muda yang bukan sahaja bijak, tetapi juga berintegriti dan berjiwa besar,” katanya pada ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Tionghua di Malaysia.
Beliau turut melahirkan rasa kagum masyarakat Tionghua yang terus berusaha membina masa depan ke arah lebih baik.
Lebih-lebih lagi kata beliau generasi muda yang rajin menuntut ilmu sebagai kunci kejayaan dan kemajuan.
“Semoga tahun baru ini membawa kejayaan, kesejahteraan dan masa depan yang lebih gemilang buat semua. Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le!,” ujarnya.


0 Comments