Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media MB dan PURNAMA
Kredit foto: Media MB dan PURNAMA
KOTA DARULNAIM,29 Mac – Pertubuhan Amal Isteri-Isteri Wakil Rakyat Kerajaan Negeri Kelantan (PURNAMA) kekal komited dalam membantu golongan kurang berkemampuan sejak penubuhannya pada tahun 1999.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nasuruddin Daud berkata, pertubuhan itu giat melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan pendidikan yang memberi manfaat kepada golongan asnaf, pelajar kurang berkemampuan serta masyarakat yang memerlukan.
“Saya berharap PURNAMA akan terus istiqamah dalam memperluas usaha kebajikan dan kekal menjadi wadah yang menyantuni masyarakat demi kemakmuran Kelantan,” katanya menerusi media sosial, pada Sabtu.
Terdahulu, beliau menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-11 PURNAMA di sebuah hotel di sini, pada Jumaat.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua PURNAMA Datin Panglima Perang Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacob dan turut dihadiri barisan ahli jawatankuasa pertubuhan tersebut.
Menurut Datin Wan Nor Hanita, walaupun dalam kesibukan menyambut Aidilfitri, PURNAMA tetap komited meluangkan masa untuk bermesyuarat serta menyelaras persiapan menjelang mesyuarat agung berkenaan.
"Sejak lebih dua dekad penubuhannya, PURNAMA memainkan peranan penting dalam membantu meringankan beban golongan sasar melalui pelbagai program kebajikan, termasuk bantuan pendidikan dan sokongan komuniti," jelasnya.



0 Comments