KOTA BHARU: Tempoh
penggal ke-15 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan akan genap tiga tahun pada
September hadapan.
Speaker Dun Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal di peringkat Parlimen, Dun Kelantan tidak semestinya dibubarkan serentak.
“Dewan Negeri Kelantan cukup tiga tahun pada September, jadi pembubarannya boleh dibuat kemudian mengikut keperluan,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya juga persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dijadual berlangsung selama empat hari bermula 20 April ini dengan perasmian oleh Sultan Kelantan.
Kata beliau tiga hari diperuntuk bagi sesi perbahasan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
“Dewan akan mula bersidang pada 20 April ini. Satu hari untuk perasmian dan tiga hari lagi untuk perbahasan,” katanya.
Kata beliau setakat ini tiada sebarang rang undang-undang atau usul yang akan dibentangkan dalam persidangan kali ini.
Katanya, semua soalan yang dikemukakan oleh Adun diterima oleh pihak kerajaan negeri.

0 Comments