Kad rawatan denggi guna tulisan Cina

KUALA LUMPUR: Sebelum ini diviral nama jalan di sekitar Kampung Melayu Subang, Shah Alam menggunakan tulisan Cina pada papan tanda jalan.

Berikutan itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilapor menitahkan semua papan tanda nama jalan bertulisan Cina di daerah itu ditanggalkan dan diganti serta merta.

Dan sekarang tular pula kad rawatan denggi tulisan Cina yang didakwa berlaku di Kuala Lumpur.

Ekoran itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada kenyataan mendakwa ‘kesilapan tidak disengajakan’ pada kad rawatan tersebut.

Ahli Parlimen Arau Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim berkata, penjelasan Jabatan Kesihatan tetap menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat.

Katanya, bagaimana medium utama yang membawa identiti kementerian boleh diedarkan tanpa semakan sehingga bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa utama.

“Adakah perkara ini hanya disedari selepas ia tular di media sosial? Rakyat tidak mempertikaikan penggunaan bahasa lain sebagai bantuan komunikasi, namun dalam urusan rasmi kerajaan, bahasa Melayu mesti kekal sebagai bahasa utama.

“Ia selaras dengan identiti negara seperti yang diperuntukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Menurutnya juga apa yang lebih penting memastikan perkara seperti itu tidak berulang dan wujudnya pemantauan lebih tegas dalam setiap bahan rasmi kementerian.

Sementara itu, isu terbabit turut mendapat perhatian netizen sehingga ramai yang mengecam Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan yang dianggap tidak serius.

Rahmat Hashim pada catatan menulis ‘Menteri Kesihatan pun mesra DAP... Ayuh... tolak sekularisma dan DAP.

Padi Pulut pula menganggap kad dicetak dan diedarkan sesuka hati pegawai atau perlu rujukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kata beliau jika perlanggaran SOP KKM harus diambil tindakan tegas kepada pegawai berkenaan.

Faizal Zamberi dan Sharul Amen mempersoalkan siapa yang bagi kelulusan untuk keluarkan kad tersebut.

“Benda nampak terang terangan. Ambil tindakan tatatertib kepada siapa yang bagi arahan,” ujarnya.

Arjuna Malaya Sr pula mencatat pendidikan sudah, pelancongan sudah, ekonomi pon sudah lama.. Ini kesihatan pula.. Umdap mantap.

 

Post a Comment

0 Comments