
KUALA LUMPUR:
Tempoh enam bulan yang ditetap DAP untuk memastikan kerajaan mengiktiraf
peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akhirnya menjadi kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang dilapor menjelaskan DAP mencapai kata sepakat untuk meninggalkan kerajaan, jika UEC tidak diiktiraf.
“Kami tidak kisah tidak berada dalam kerajaan, ini prinsip asas, kami akan mendukungnya,” katanya seperti dilapor laman berita.
Pada PRN Sabah, DAP kalah di semua lapan kerusi Dun di negeri itu, sekaligus menolak teori pengundi Cina merupakan simpanan tetap DAP.
Hari ini ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee enggan mengulas lanjut perkara itu ketika diaju moderator Haslina AR Kamaludin pada program Skop yang disiarkan secara langsung MalaysiaGazzeteTV.
Segmen Skop MG itu membahaskan tajuk ‘Apa Sebenarnya UEC? Kenapa Ia Ditentang’ turut menampilkan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Prof Emeritus Dato’ Dr Teo Kok Seong.
Howard Lee yang juga ahli parlimen Ipoh Timur berkata, penuntut UEC sendiri memilih untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan dan ia perlu diberi ruang.
Menurutnya juga sistem pendidikan di negara ini sudah lama mengiktiraf sekolah antarabangsa diterima masuk di universiti awam tempatan, sewajarnya diberi kepada lepasan UEC.
“Pelajar lepasan UEC juga menduduki peperiksaan SPM untuk membolehkan mereka memohon memasuki IPTA di negara ini,” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menjawab ketika didesak moderator, adakah pelajar UEC hanya mengambil dua subjek sahaja dalam peperiksaan SPM.
Sementara itu, Dr Teo berhujah kemasukan pelajar UEC ke IPTA dianggap menghadkan kuota pelajar sedia ada yang mengikut sistem pendidikan negara.
Kata beliau desakan untuk mengiktiraf UEC di peringkat universiti awam berpunca kelonggaran sistem pendidikan yang membuka ruang menerima pelajar lepasan A Level.
“Keputusan Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan lepasan UEC memasuki IPTA disifatkan keputusan politik yang perlu dikaji semula kerana dibimbangi menjejaskan dasar nasional.
“Pengiktirafan tersebut dilihat membuka ruang yang lebih besar kepada sistem pendidikan yang tidak selari dengan dasar nasional,’ ujarnya.
Pakar pendidikan Dr Anuar Ahmad pula mencadangkan tanggal 15 Mei sebagai tarikh rasmi terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan ekoran kerajaan membenarkan lepasan UEC memasuki IPTA.
Menurutnya tarikh
tersebut akan diingati generasi akan datang sebagai tarikh rasmi terkubur Dasar
Pendidikan Kebangsaan?," katanya pada catatan di laman sosialnya.
Pada Khamis lepas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumum calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.
Menurutnya langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.





0 Comments