Hamzah umum Parti Wawasan Negara

TANAH MERAH: Bekas Timbalan Presiden Bersatu, Dato Seri Hamzah Zainuddin hari ini mengumumkan parti baharu yang dikenali Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Katanya parti itu akan membentuk kerjasama politik dengan lebih pragmatik bersama parti-parti lain bagi melahirkan acuan politik yang lebih tersusun.

"Parti ini diberi nama oleh seorang tokoh ulama terkenal iaitu bekas Naib Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, iaitu Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," katanya pada konvensyen Reset Malaysia di tapak ekspo Kota Harmoni di sini, hari ini.

Kata beliau Wawasan akan membentuk seperti susunan bata bagi mewujud sebuah rumah yang lebih kukuh demi masa depan negara dan generasi akan datang.

Post a Comment

0 Comments