TANAH MERAH: Penganjur menyasasarkan kira-kira 20,000 hadir pada Konvensyen Reset Malaysia yang julung kali diadakan selepas perpecahan politik Melayu berlaku kebelakangan ini termasuk melibatkan parti pembangkang dan kerajaan.
Reset sebagai medan mengumpul semula parti-parti politik Melayu di bawah satu bumbung bagi menyegarkan semula kekuatan politik selepas melalui era agak gerhana sebelum ini.
Pelbagai lapisan masyarakat hadir termasuk warga emas, golongan pertengahan, belia, remaja dan budak yang datang bersama keluarga.
Khemah besar yang disediakan di bahagian tengah pentas penuh sesak dengan peserta. Deretan khemah di kiri kanan khemah utama juga dipenuhi orang ramai.
Penyelaras Reset Kelantan, Dato Mohamed Farid Zawawi berkata , gerakan Reset yang dicetus Dato Seri Hamzah Zainuddin mencetus gelombang baharu politik di negara ini.Katanya, himpunan Reset akan membantu PAS dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya (PRU) akan datang.
"Kekuatan jentera Reset seperti yang ada hari ini akan membantu PAS dan PN menghadapi PRU," katanya pada Konvensyen Reset Malaysia di tapak ekspo Kota Harmoni di sini hari ini.
Hadir sama Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi, Pengerusi PN Ir Dr Dato Seri Samsuri Mokhtar, Pengerusi Reset Malaysia Dato Sri Hamzah Zainuddin, Menteri Besar Kelantan Dato Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob,
Turut hadir Presiden Gerakan Dato Seri Dominic Lau, Pemangku Presiden Imam Dato Mohd Ismail dan bekas ahli-ahli parlimen Bersatu yang dipecat.


0 Comments