Keluarga pelajar UiTM sedia ke mahkamah


KOTA BHARU: Keluarga pelajar UiTM yang didakwa ditampar seorang senator sedia ke mahkamah untuk melondehkan semua fakta yang tertutup dan yakin Allah SWT bersama dengan kebenaran dan orang yang sabar.

Bapa Nik Alif Aiman, Ir Ariffahmi Ab Rahman berkata, beliau terpaksa bersuara untuk memberi fakta kes setelah lama bersabar dan memilih untuk diam supaya keadilan dapat dizahirkan.

"Saya percaya anak saya Nik Alif Aiman bercakap benar kerana dia merupakan pemimpin pelajar yang berwibawa dan tidak pernah berbohong terutama berkaitan perkara serius," katanya pada kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Nik Alif Aiman mendakwa ditampar seorang senator daripada Umno ketika menghadiri Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik.

Susulan itu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu Sabtu lalu selepas usaha perundingan dengan pihak universiti tidak membuahkan hasil kerana pelaku dikatakan tidak mengaku menampar Nik Alif.

Isu tersebut mendapat perhatian umum apabila Ketua Umno Beruas, Dato’ Azhar Ahmad dilapor menafikan dakwaan mengasari cucu Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada satu program di Janda Baik, 20 Mei lalu.

Abdul Ariffahmi juga berkata, ada pihak mempertikaikan mengapa laporan polis dibuat kira-kira 10 hari selepas insiden itu berlaku dan tidak pada hari kejadian.

Menurutnya pada peringkat awal keluarganya memilih untuk berunding terlebih dahulu dan ingin selesaikan secara baik, namun pihak universiti tidak dapat menyelesaikan perkara itu memandangkan senator berkenaan tidak mengakui kejadian tersebut.

“Sedangkan terdapat ramai pelajar yang menyaksikan kejadian terbabit dan mengakui tamparan tersebut benar-benar berlaku serta bukan sekadar gurauan," ujarnya.

Menurutnya juga agak malangnya pihak Uitm sejak awal lagi kelihatan cuba berpihak kepada Azhar dan membuat kesimpulan tiada bukti serta mahu perkara tersebut tidak diperbesar tanpa memberi keadilan kepada maruah anaknya.

Kata beliau kes itu menjadi besar selepas pengurusan UiTM dianggap tidak menjadi orang tengah yang baik dan pendamai bersikap adil.

"Kelewatan laporan juga disebabkan cuti Hari Raya Aidiladha agak lama. Lagipun harapan kami kes berkenaan diselesaikan dengan baik dan ia tiada kaitan dgn pilihan raya negeri Johor atau urusan politik lain.

Beliau juga berkata, sebelum kejadian berlaku, individu terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan mengutuk PAS dan tidak menunjukkan sikap mesra seperti yang digambarkan sesetengah pihak.













Post a Comment

0 Comments