Keputusan bantu kempen calon Bersatu dimuktamad esok

Oleh Salmah Mat Husain | 

KOTA BHARU: PAS setakat ini belum lagi membuat keputusan rasmi berkaitan membantu kempen calon Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara iru akan diputus  pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadual berlangsung esok (Isnin). 

Katanya setakat ini  PAS berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan Presiden parti itu Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

"Keputusan berhubung perkara tersebut hanya akan dimuktamadkan selepas mesyuarat berkenaan yang dijangka diadakan esok," katanya kepada media selepas mesyuarat Agung Tahunan PAS Kota Bharu, di Dewan Jubli Perak, di sini malam tadi.

Mesyuarat Agung itu dirasmikan Ahli Parlimen Jerantut Ir Khairil Nizam Khirudin 

Mengulas mengenai peluang parti-parti yang bertanding pada PRN Johor dan pilihan raya negeri akan datang, beliau berkata semua parti mempunyai peluang yang sama untuk meraih sokongan pengundi.

"Ini adalah pilihan raya negeri. Semua parti ada peluang. Kita bukan parti baharu, kita sudah melalui PRU15 dan PRN 2022 bersama Perikatan Nasional (PN)," ujarnya.

Takiyuddin juga berkata, PAS membuat persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan dan PAS mempunyai lebih banyak kerusi berbanding Bersatu di negeri tersebut.

Menurutnya pada pilihan raya lepas PAS mempunyai tiga kerusi Dun dan Bersatu (dua).

Kata beliau pengalaman bertanding bersama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 dan PRN 2022 menjadi kelebihan kepada parti-parti dalam PN untuk berdepan cabaran pilihan raya akan datang.

Post a Comment

0 Comments