Kubu kuat PKR di Kampung Bemban ‘pecah’

 

JELEBU: Hasrat Pakatan Harapan (PH) mahu mempertahankan kubu kuat di Negeri Sembilan semakin pudar apabila Umno berjaya menembusi benteng PKR di Kampung Bemban.

Kampung tersebut sebelum ini dikenali sebagai kubu PKR kini berubah wajah apabila ramai penduduk tempatan hadir pada program ceramah anjuran BN di kampung terbabit malam tadi.

Malah, lebih mengejutkan 53 bekas ahli PKR di Kampung Bemban di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pertang menyerah borang menyertai Umno. Borang terbabit diserah Syakirin Shamsuddin kepada Setiausaha Agung Umno.

Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gelombang sokongan rakyat terhadap Umno dan BN menunjukkan perkembangan positif apabila sebuah cawangan baharu diwujudkan di kawasan berkenaan.

Katanya, ia merupakan cawangan Umno ke-60 di Bahagian Jelebu.

“Saya sebenarnya banyak menerima permohonan sepanjang kempen kali ini untuk menyertai Rumah Bangsa Umno sama ada ‘online’ ataupun turun ke bawah.

“Dan hari ini di Kampung Bemban kita menerima kemasukan 53 ahli baharu bekas penyokong PKR,” katanya pada ceramah isu di Pusat Daerah Mengundi Jerang.

Menurut laporan Umno Online hadir sama pada program berkenaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Dato’ Mohd Hasnol Ayub dan calon BN Dun Pertang Dato’ Seri Jalaluddin Alias.

Menurut Dr Asyraf, perkembangan yang berlaku itu sebagai petanda yang cukup baik setelah beliau menjelajah hampir 26 Dun sejak hari penamaan calon.

Katanya beliau melihat gelombang sokongan akar umbi begitu positif sekali.


 

Post a Comment

0 Comments