4 pemimpin utama Umno diundang ke muktamar PAS

 

KOTA BHARU: Setakat ini PAS belum menerima maklum balas daripada Umno terhadap jemputan menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke-72 yang akan diadakan di sini, bermula 4 September ini.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, surat jemputan berkenaan dihantar pada Rabu lalu, dengan mengundang Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan tiga lagi pimpinan parti itu.

“Kita masih menunggu maklum balas daripada Umno. Kita menjemput presiden parti sendiri serta tiga pimpinan kanan parti berkenaan.

“Surat jemputan dihantar tiga Rabu lalu dan kita masih mempunyai tempoh 10 hari sebelum berlangsung muktamar PAS. Saya juga akan berhubung dengan mereka,” katanya pada ceramah Isu Semasa di Dun Kota Lama malam tadi.

Takiyuddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada pimpinan Umno untuk menghadiri muktamar berkenaan atau sebaliknya.

Hubungan PAS dan Umno terjalin erat semula pada Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan baru-baru ini. Hasil kerjasama itu PAS melalui Perikatan Nasional dan BN berjaya merampas kerajaan Negeri Sembilan yang dikuasai Pakatan Harapan sejak 2018.  

Post a Comment

0 Comments