Pakar jangka AS kecundang di tangan Iran

Oleh Aslani M |

KOTA BHARU: Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dilapor menganggap Presiden Donald Trump terjebak dalam konflik dengan Iran sehingga tidak menemui jalan hujung.

Beliau mengatakan Trump sebenarnya ingin keluar dari situasi yang telah diciptakannya sendiri.

Malah, ada pihak menggambarkan Trump terjebak eskalasi konflik sehingga menjadi situasi perang semakin teruk, tegang dan berbahaya.

Bekas pilot helikopter tentera AS, John Pholly pula menyifatkan tidak semudah membalik telapak tangan untuk menjatuhkan kerajaan Iran seperti dilakukan terhadap Venezuela.

Beliau turut mendakwa pegawai Washington sebagai orang bodoh jika melakukan hal sama terhadap Cuba kelak.

Menurutnya, Iran jauh berbeza dengan Venezuela kerana pengalaman berperang, di mana tenteranya siap siaga penuh khususnya Garda Revolusi Iran (IRGC) yang lincah mengubah strategi.

Pemerhati politik antarabangsa Dr Zulkeflee Yaacob berkata, Tehran bertindak balas dengan menyerang wilayah diduduki tentera AS di Timur Tengah.

Kata beliau serangan militer Iran menjangkau Mesir, Israel, Iraq, Bahrain, Kuwait, Jordan, Oman, Qatar, Lebanon, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Menurutnya serangan balas rudal dan peluru berpandu Iran membuatkan Kedutaan Besar AS di Timur Tengah memperingatkan warganya terhadap potensi bahaya luar jangka.

Berikutan itu kedutaan AS mendesak warganya bersiap menghadapi evakuasi, iaitu proses pemindahan mangsa dari kawasan yang berbahaya ke tempat yang selamat.

“Tindakan itu dilakukan sebagai pelan tindakan semasa perang AS-Iran tiada penghujung. Apapun Trump jelas gagal mengguling Iran.

“Jauh berbeza dengan agenda Trump yang kelihatan syok sendiri di atas kemenangan menangkap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro sebelum ini.

“Lebih menakutkan lagi pangkalan tentera dan Israel di Timur Tengah telah dikesan ejen-ejen Iran sehingga tempat mereka menginap di hotel dan markas,” katanya di sini.

Laporan Fars baru-baru ini menggambarkan Ladang Minyak Ghawar di Arab Saudi berpotensi menjadi sasaran Iran kerana Arab Saudi mempunyai hubungan rapat dengan AS.

Menurut laporan itu serangan fasilitas minyak terbesar dunia di Abqaiq dan Khurais, Arab Saudi akan menjejaskan pusat kapasiti pemprosesan lebih daripada 7 juta barel per hari.

Selain itu, kilang Ruwais dan ladang minyak Zakim, di UEA merupakan ladang minyak pesisir pantai kedua terbesar dengan kapasiti lebih 1 juta barel turut dirosakkan.

Begitu juga ladang gas North Ghadir dan Ras dan Ras Laffan LNG, Qatar, iaitu ladang gas terbesar di dunia dengan 25 peratus simpanan dan 20 peratus perdagangan LNG global.

Ladang minyak Burgan, di Kuwait pula menghasilkan 67 juta barel dan kapasitas 2 juta barel perhari.

Manakala kilang Sitrah dan Al-Mihaj, di Bahrain dan ladang gas Leviathan dan Tamar, di Israel merupakan ladang gas terbesar kedua milik Israel turut menjadi sasaran rudal Iran.

Dr Zulkeflee berkata, dalam perang 40 hari sebelum ini Iran mengebom kilang gas terpenting Qatar sebagai balasan atas serangan terhadap fasilitas South Pars.

Berikutan itu Trump dipetik media bersumpah untuk memberi balasan keras, dengan menggempur titik strategik di Iran, mulai dari pusat komandan hingga fasilitas rudal dan pertahanan pantai.

Ancaman Trump disampaikan di tengah meningkatnya ketegangan antara Washington dan Tehran.

Malah, lebih mengejutkan lagi apabila mantan Pengarah Pusat Kontraterorisme Nasional (NCTC) AS, Joe Kent mengingatkan langkah invasi darat dianggap sebagai perangkap maut militer AS.

“IRGC memilih memperpanjang konflik kerana pelan perdamaian disaran Washington hanya strategi jangka pendek ekoran kemusnahan aset tenteranya di Timur Tengah.

“Iran terlalu berani melawan AS dan menutup selat Hormuz kerana di belakangnya ada Xi JinPing, Vladamir Putin dan Kim Jong Un,” tambahnya.

 

 

Post a Comment

0 Comments