Ticker

6/recent/ticker-posts

Kira Detik 4 Hari: Manifesto 'Kedai Kopi' PH-BN

 


Manifesto PH BN yang dinamakan ‘Tawaran Untuk Kelantan’ bukanlah suatu manifestasi strategi politik  sempurna untuk PH BN dalam kempen ‘Ubah Kelate’ menerusi PRN kali ini.

Ia umpama labun dan bual kosong yang boleh kita dengar   dibentang dan diulas di kedai-kedai kopi saban pagi sambil si pembentangmenikmati nasi belauk disulami kopi O. Pembentangan akan jadi semakin hangat dan berapi-api apabila tiba telur separuh yang di pesan.

Pembentang biasanya akan memilih topik-topik hangat semasa yang kerap berlegar dalam kehidupan seharian masyarakat setempat .  Bukanlah pelik kalau kadangkala pembentang juga akan menyentuh isu-isu nasional mahupun antarabangsa, bergantung pada kesediaan pelanggan untuk mendengar dan juga cuaca.

Kalau musim hujan, mungkin topik air banjir akan dimainkan, begitu kalau menjelang musim perayaan  maka topik-topik mengenai kesesakan lalu lintas, jumlah hari cuti, atau tarikh melihat anak bulan akan jadi pilihan mereka.

Mereka akan membentang tanpa ada sebarang pertanggungjawaban jauh sekali dari memikirkan implikasi dan logika kebolehlaksanaan cadangan yang di lontarkan. Yang penting adalah mempamirkan kehebatan idea ‘bual’ masing-masing.


Si pengulas biasanya akan membuat cadangan balas, ulasan yang lebih manipulatif dan merangkumi topik yang telah dibentang. 

Rumusan dalam bentuk pengarahan dan  memuktamadkan keputusan biasanya akan disudahi dengan laungan  kata-kata kepada tuan kedai seperti berikut,” Abe Mat, supo sekalo ….kira semua sekali, masuk  buku,” sambil tangan menunjukkan isyarat kepada semua pelanggan yang ada dalam kedai kopi tersebut.

Insan ‘pemurah dan hebat’ itu akan berlalu keluar menaiki kenderaan balik ke rumah diiringi puji-pujian dan rasa terhutang budi oleh pelanggan kedai kopi.

Abe Mat hanya mampu tersenyum sambil menggeleng kepala, mengingatkan hutang-hutang lama yang belum dilangsaikan insan tersebut, kini ditambah lagi senarai hutang baru untuk kesekian Kali.

Itulah analogi tindakan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan potongan premium tanah ditawar sehingga 70 peratus untuk rakyat Kelantan.

Katanya, beliau mahu tawaran itu dipertimbangkan untuk memberi kemudahan serta membantu rakyat Kelantan.

“Saya beritahu wakil rakyat yang mewakili BN dan PH, cukai ini bukan saja turun sebanyak 50 peratus tetapi diskaun turunlah kepada 70 peratus.

Post a Comment

0 Comments