Ticker

6/recent/ticker-posts

SIAP PROJEK PEMBANGUNAN LANDSKAP, KOTA BHARU TIGA KALI GANDA LEBIH COMEL – YB HILMI


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 24 Julai – Ekoran kritikan warga maya tentang kemudahan infrastruktur di bandar Kota Bharu yang tular, Exco Kerajaan Tempatan YB Hilmi Abdullah tampil memberi penjelasan sebenar.

Katanya, Insya-Allah, Kelantan semakin maju kerana tahun depan Kota Bharu akan jadi tiga kali ganda lebih comel selepas siapnya projek Pembangunan Landskap Bandar Kota Bharu bernilai RM40 juta.

Mengulas lanjut, YB Hilmi memaklumkan bandar Kota Bharu Bandaraya Islam yang diiktiraf sebagai ke-16 terbaik di Asia Tenggara dan ke-466 terbaik dunia hasil kajian Oxford Economic Global Cities Index 2024 itu sebenarnya telah mempunyai jaringan jalan perbandaran yang luas dan selesa. 

“Mungkin yang dimaksudkan netizen adalah jaringan lebuhraya antara daerah dan negeri yang tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Insha Allah, setelah siapnya Lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai (KB-KK) dan Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road) nanti jaringan lebuhraya ini akan menjadi antara lebuhraya terbaik di Malaysia,” jelasnya ketika dihubungi, hari ini.

Namun begitu, beliau tidak menafikan Kota Bharu turut mengalami masalah semasa berkaitan penyelengaraan berkala jalan sebagaimana yang dihadapi oleh bandar-bandar lain di Malaysia dan seluruh dunia.


Post a Comment

0 Comments