Ticker

6/recent/ticker-posts

Bekas Adun Nenggiri tidak cakna rakyat

GUA MUSANG: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sebelum ini berdepan kesukaran bagi mendapat pampasan Skim Kifaalah memandangkan bekas Adun Mohd Azizi Abu Naim dianggap tidak cakna.

Penghulu Tanpa Mukim DUN Nenggiri Hadi Daud berkata, keluarga warga emas yang meninggal dunia tidak mendapat pampasan tersebut kerana tidak diurus pejabat wakil rakyat.

Sedangkan katanya di tempat lain, pampasan skim tersebut diurus wakil rakyat apabila berlaku kematian warga yang mendaftar sebagai peserta skim Kifaalah.

“Berikutan itu berlaku banyak tunggakan skim tersebut kerana warga emas yang meninggal dunia semakin ramai. Keluarga mereka sepatutnya mendapat pampasan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri,” katanya di sini.

Ekoran itu kata beliau Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Gua Musang terpaksa mengambil alih urusan skim tersebut, sedangkan tugas itu dilaksanakan wakil-wakil rakyat di tempat lain.    

Katanya di DUN Nenggiri banyak urusan berkaitan rakyat tidak dilaksanakan pemimpin yang dipilih ketika pilihan raya.

Kata beliau juga bekas Adun Nenggiri sebelum ini hanya melaksanakan hanya beberapa program sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat hampir setahun. 

Program terbabit termasuk khatan perdana di Taman Agropolitan Rantau Manis dan agihan bakul makanan di Jeram Tekoh.

“Sepanjang hampir setahun berkhidmat sebagai ADUN, hanya program terbabit sahaja yang dianjur membabitkan penduduk di DUN Nenggiri.

“Situasi yang berlaku di Nenggiri berbeza jauh, walau pun ada wakil rakyat namun kelibatnya sukar kelihatan,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments