Ticker

6/recent/ticker-posts

GANGGUAN BEKALAN AIR DI EMPAT JAJAHAN, DIJANGKA KEMBALI PULIH JUMAAT INI


Oleh: Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 6 Ogos – Gangguan bekalan air yang melibatkan  33,094 akaun pengguna di empat jajahan iaitu Kota Bharu Selatan, Kota Bharu Timur, Pasir Puteh dan Machang yang bermula sejak Isnin, dijangka akan kembali pulih Jumaat ini. 

Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dalam kenyataan media memaklumkan bekalan air di kawasan tersebut terjejas akibat dari Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong di Machang terpaksa dihentikan akibat dari paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimiter telah pecah. 

Oleh itu, kesan daripada henti tugas demikian menyebabkan operasi LRA berlakunya pengurangan dan kehilangan bekalan air terawat hampir 70 peratus di LRA Merbau Chondong atau bersamaan dengan 47 juta liter sehari (JLH). 


“Bagi menangani masalah ini, kerja-kerja penggalian telah pun bermula sejak semalam dan dijangka siap 9 Ogos ini, namun sebagai persediaan AKSB telah menggerakkan sebanyak lima buah lori tangki, enam buah lori kontrak untuk membantu pengguna yang terjejas.

“Pada masa sama, operator-operator dari negeri lain juga turut memberi komitmen menghulur bantuan melaui penghantaran lori ke kawasan yang terjejas,” menurut kenyataan itu. 

Sementara itu, tangki-tangki statik bersaiz 500-1500 gelen juga ditempatkan di kawasan-kawasan tumpuan bagi meringankan beban pengguna yang terkesan.


Bagaimanapun AKSB melalui PINTAS telah membuat pemakluman awal kepada pengguna melalui sistem infoblast dan pemakluman perkembangan situasi ini dari semasa ke semasa melalui laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau boleh hubungi PINTAS di talian 15777.



Post a Comment

0 Comments