Ticker

6/recent/ticker-posts

KERJA PEMBAIKIAN PAIP MASIH BERJALAN, DISALURKAN KEPADA PENGGUNA JUMAAT INI


Oleh: Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 8 Ogos 2024 – Kerja-kerja kecemasan bagi pembaikian paip Glass Fiber Reinfored Plastic (GRP) di Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong telah siap dan akan melalui proses ujian bekalan air pada petang ini sebelum dilepaskan kepada semua pengguna pada jumaat nanti. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Saizol Ismail berkata, proses rawatan bekalan air ini perlu diuji terlebih dahulu untuk melihat jika masih ada masalah yang melibatkan kebocoran di dalam paip yang telah dibaiki sebelum dapat digunakan kepada pengguna.

“Hari ini masuk hari ke empat kerja-kerja pembaikian paip GRP yang mana kita harapkan dalam masa dua hari lagi masalah ini dijangka akan selesai. 

"Bagaimanapun bekalan air ini akan diproses seawal petang ini untuk melihat jika masih ada kebocoran yang melibatkan paip tersebut,” katanya semasa meninjau kerja pembaikian di Merbau Chondong semalam. 

Terdahulu, beberapa kawasan di Machang dan kawasan yang membuat agihan di kawasan Pasir Puteh telah mengalami gangguan bekalan air yang melibatkan  sebanyak 33,094 akaun pengguna akibat dari LRA Merbau Chondong di Machang terpaksa dihentikan akibat dari paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimiter telah pecah.

Sementara itu, kata beliau proses pembaikian paip ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan, walaupun menghadapi halangan cuaca hujan lebat yang menyukarkan pelaksanaan kerja-kerja pembaikian paip tersebut.

“InsyaAllah kita doakan sebagaimana yang kita rancang, kita dapat bekalkan kembali sumber air mentah kepada empat jajahan yang terlibat ini dan kembali berjalan seperti biasa,” ujarnya



Post a Comment

0 Comments