Ticker

6/recent/ticker-posts

MPKB-BRI TUAN RUMAH MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN PBT ZON TIMUR

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 15 Ogos – Buat julung kalinya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah dilantik sebagai tuan rumah bagi Zon Timur untuk mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa  Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT Bilangan 3/2024) Zon Timur pada 12 dan 13 Ogos lalu.

Exco Kerajaan Tempatan YB Hilmi Abdullah memaklumkan JPPBT ialah platform perbincangan tahunan antara Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan PBT untuk menyampaikan keputusan dan kertas-kertas pertimbangan daripada Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT). 

Mengulas lanjut, beliau menerangkan mesyuarat itu juga merupakan medium untuk semua ahli mesyuarat bertukar-tukar pandangan, amalan terbaik dan berkongsi pengalaman mengenai isu perbandaran serta isu pelaksanaan dasar dalam lingkungan pentadbiran masing-masing.

“Ia juga menjadi platform bagi membincangkan isu dan cadangan polisi atau inisiatif baharu untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan PBT yang bertujuan memantapkan dan menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan serta tanggungjawab PBT terhadap komuniti dan Negeri. 

“Objektif mesyuarat menyampaikan keputusan mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-81 dan 82 dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPKT,” jelasnya ketika dihubungi, hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKT Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali dengan dihadiri oleh 57 ahli daripada 30 wakil PBT Zon Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Antaranya, pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Kerajaan Tempatan) dan pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kerajaan Tempatan Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Bandar, Yang DiPertua serta Setiausaha PBT.

Terdahulu, mesyuarat JPPBT Bilangan 1/2024 bagi Zon Tengah dan Selatan telah diadakan pada 29 dan 30 April 2024 dihoskan oleh PBT Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Ibu Pejabat Majlis Daerah Petaling Jaya. 

Manakala mesyuarat JPPBT Bilangan 2/2024 bagi Zon Utara berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama UTC Kedah kelolaan Majlis Bandaraya Alor Setar.

Post a Comment

0 Comments