Ticker

6/recent/ticker-posts

PERANTAU ANAK NENGGIRI DISERU PULANG MENGUNDI SABTU INI

Oleh: Norzana Razaly

SELANGOR, 12 Ogos – Seramai 3000 anak Nenggiri, Gua Musang  di perantauan diseru agar pulang mengundi pada Sabtu, 17 Ogos ini.

Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata komitmen pemimpin kerajaan negeri begitu serius sehingga beliau bersama pemimpin negeri yang lain sanggup ke Kuala Lumpur bagi mengundang perantau yang berasal dari Nenggiri supaya balik mengundi.

“Ambo dan pimpinan mari jauh-jauh nak mmadoh (mengundang) adik kakok untuk pakat kelik ngundi belaka Sabtu ni,” katanya pada Majlis Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan Zon Lembah Klang di Taman Melewar, Gombak pada Isnin.


Beliau yang diiringi Timbalannya YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, anggota-anggota Exco, mantan Menteri Besar YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob, wakil- wakil rakyat, pemimpin Persatuan Anak Kelantan Perantau Malaysia (PERAKAN) dan calon Perikatan Nasional Dewan Negeri Nenggiri Mohd Rizwadi Ismail, berterima kasih atas sambutan memberangsangkan oleh warga perantau dalam program itu.

Sementara itu, YB Dr Mohamed Fadzli juga mengambil peluang menjelaskan hubungan antara anak perantau dan pemimpin Kerajaan Kelantan tetap erat biar pun terpisah jauh.

“Keakraban itu tercermin melalui pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan. Anak perantau yang berasal dari Nenggiri hendaklah pakat balik mengundi pada 17 Ogos nanti. 

“Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Pilihlah calon yang komited dan berwibawa untuk masa depan DUN Nenggiri,” ujarnya.

Manakala Rizwadi dengan rendah hati turut merayu anak-kanak perantau dari Nenggiri balik mengundi pada Sabtu ini.

“Pakat balik belako untuk undi bulan hari Sabtu ni. Pahtu minta tolong sapa ko hok tok mari untuk pakat balik. Perantau khususnya oghe muda mempunyai sumbangan yang besar untuk kesejahteraan Nenggiri,” pesannya.



Post a Comment

0 Comments