Ticker

6/recent/ticker-posts

INFRA QUEST TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 9 September - Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga kerja 

Infra Quest Sdn. Bhd. atas penarafan lima bintang dan pencapaian prestasi yang membanggakan.

Katanya, anugerah tersebut ialah simbol pengiktirafan kepada syarikat anak kumpulan dan seluruh warga kerja Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang telah menunjukkan prestasi luar biasa.

"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dalam Majlis Anugerah Penarafan Bintang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) 2023," ujarnya ketika merasmikan Majlis Anugerah Penarafan Bintang Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) 2023 yang berlangsung di sebuah hotel di Kota Bharu, pada Ahad. 

Beliau juga mendoakan semoga majlis penganugerahan yang diadakan itu akan memberikan motivasi kerja dan impak positif kepada semua warga kerja PKINK dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang dan selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri Kelantan. 

Terdahulu, beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PKINK.

Beliau optimis melihat perkembangan dan kemampuan PKINK untuk terus memainkan peranan sebagai badan korporat yang bertanggungjawab6 dalam menerajui pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Negeri Kelantan berlandaskan prinsip-prinsip Islam untuk kesejahteraan ummah.





Post a Comment

0 Comments