Ticker

6/recent/ticker-posts

ISU SIJIL HALAL, KETUA PEMUDA PAS KELANTAN BUAT LAPORAN POLIS

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

PENGKALAN CHEPA, 9 September - Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Kelantan merangkap Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (UBES) Negeri Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed membuat satu laporan polis terhadap kenyataan berhubung isu sijil halal oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, hari ini.

Katanya, laporan dibuat kerana kenyataan yang dilontarkan itu berupa hasutan kepada peniaga-peniaga yang ingin membuka restoran atau pusat makanan terutamanya di negara ini dalam mendapatkan sijil halal.

"Ini menunjukkan satu 'garisan merah' terhadap agama kita (agama Islam).

"Untuk mendapatkan sijil halal ini bukan perkara baru dalam masyarakat kita, bahkan kita mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam kesungguhan kita menyediakan bahan atau makanan yang halal.

"Dalam agama Islam pun kita dituntut untuk mendapatkan makanan yang halal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD Kota Bharu), di sini, pada Ahad.

Mohamad Kamal berkata, pihaknya turut menyeru kepada Kerajaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja agar memandang serius perkata tersebut dalam menjaga imej dan keamanan agama Islam khususnya di Malaysia.

Jelas beliau, setakat ini empat laporan polis telah dibuat secara serentak pada hari ini di Pasir Mas, Gua Musang, Kota Bharu dan Jeli.

"Ini bukan kali pertama pihak DAP mempersoalkan berkaitan agama Islam.

"Kita juga yakin akan timbul lagi perkara-perkara sebagaiman yang terjadi ketika ini," katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pemuda Kelantan, Muhammad Abdul Malik Abdul Karim, Setiausaha Pemuda PAS Kelantan Haniful Fuad Hussin serta Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Khalid Din.

Sebelum ini, media melaporkan Teresa Kok menyatakan bahawa cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal boleh menambah beban kepada perniaga, termasuk ribuan pengusaha restoran Melayu.

Menurut beliau, langkah itu bukan sahaja bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya di negara ini, malah boleh menyebabkan Malaysia menjadi bahan ejekan di peringkat antarabangsa.





Post a Comment

0 Comments