Ticker

6/recent/ticker-posts

SG4 SDN BHD. LANGKAH TERBAIK PERKONGSIAN EMPAT NEGERI

Oleh: Che Maziah Mat

BANGI, 3 September - Penubuhan Syarikat State Goverment Sdn Bhd. (SG4) merupakan satu langkah terbaik untuk berkongsi kekayaan dan kepakaran di antara empat kerajaan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Menurut Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Mohd Saizol Ismail, keempat-empat negeri ini telah terbukti mempunyai pengalaman masing-masing khususnya dalam lima kluster yang terkandung dalam agenda pengembangan ekonomi SG4.

“Inisiatif penubuhan syarikat SG4 Sdn Bhd. merupakan langkah strategik yang signifikan untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat di negeri-negeri ini.

"Terdapat lima kluster SG4 memfokuskan kepada infrastruktur dan logistik, perdagangan, pelaburan dan perniagaan termasuk pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan," katanya melalui hantaran yang di kemaskini di Facebooknya. 

Terdahulu seperti yang dilaporkan media sebelum ini, idea tersebut dilontar oleh Ketua Panel Penasihat SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sidang Kemuncak SG4 yang diadakan di sini semalam.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, menerusi usaha tersebut setiap negeri terbabit akan memiliki 25 peratus saham dan ekuiti yang sama di antara negeri-negeri majoriti Melayu itu.

Jelasnya lagi, syarikat bersama ini boleh memberi tumpuan kepada industri nadir bumi (REE) yang bakal melonjakkan kekayaan negeri selain memberi fokus kepada kluster lain.

Post a Comment

0 Comments