Ticker

6/recent/ticker-posts

Batik Air pilih LTSIP destinasi baharu

 


KOTA BHARU: Sektor pelancongan di Kelantan dirancak lebih rancak dengan kehadiran Batik Air yang memulakan penerbangan sulung dari Subang SkyPark ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP). 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Zameri Mat Nawang berkata, penerbangan Batik Air ke Kota Bharu dijangka akan merancakkan pelancongan di Kelantan.

“Penerbangan sulung Batik Air ke LTSIP secara tidak langsung menyumbang pertumbuhan ekonomi sempena Tahun Melawat Kelantan 2024.

"Kelantan dikunjungi ramai pelancong dari dalam dan luar negara kerana mempunyai pelbagai tarikan antaranya makanan, Pasar Siti Khatijah, alam semula jadi dan zon bebas cukai,” katanya di sini.

Semalam Zameri menyambut ketibaan 76 penumpang Batik Air dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang tiba jam 7 petang.

Pada 2 Oktober lepas, Batik Air mengumumkan pelancaran laluan baharu ke Kota Bharu yang menawarkan perjalanan lebih cepat dan selesa menggunakan pesawat Boeing 737.


Penerbangan ke Kota Bharu merupakan laluan kedua Batik Air dari Subang SkyPark selepas pelancaran laluan ke Pulau Pinang.

Zameri yang juga Adun Jelawat berkata, kehadiran pelancong menjadikan LTSIP antara lapangan terbang yang sibuk di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments