Ticker

6/recent/ticker-posts

KIAS anugerah Nik Amar Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan

 


KOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Islam Petra (KIAS) sempena konvokesyen ke-24 hari ini. 

Anugerah itu disampaikan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud bertempat di Dewan Johor KIAS di Kampus Nilam Puri.

Mohd Amar ketika berucap selepas menerima anugerah tersebut menyifatkan pada awalnya beliau agak berat untuk menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan memandangkan sumbangannya tidak seberapa.

Katanya beliau menganggap tidak layak untuk menerima anugerah tersebut berdasar sumbangan yang dicurah sebelum ini.

“Bagaimanapun saya mengucap terima kasih kepada pengurusan KIAS kerana memberi anugerah yang amat bernilai pada hari ini.

“Saya juga berharap pelajar-pelajar yang menerima diploma pada konvokesyen ini menjadi pemuda yang mempertahankan Islam,” katanya pada ucapan ringkas pada Istiadat Konvensyen tersebut.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS Dato’ Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Lembaga Pengelola KIAS Kamaruzaman Mohamad, Rektor KIAS Prof Dr Mazlan Ibrahim dan anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri. 

Seramai 245 pelajar KIAS akan menerima diploma pada konvokesyen tersebut. Mereka akan melanjut pelajaran ke peringkat ijazah di KIAS dan universiti tempatan serta luar negara.

Post a Comment

0 Comments