Ticker

6/recent/ticker-posts

Kibar bendera asing di Korea dihukum bunuh


KOTA BHARU: Di Korea warga asing yang didapati bersalah mengibar bendera mereka boleh dihukum bunuh.

Begitu juga di China, India dan Eropah pesalah mengibarkan bendera negara asing dikenakan hukuman berat.

Pensyarah psikososio sebuah universiti awam Dr Zulkeflee Yaacob bagaimanapun berkata, warga asing mengibar bendera mereka terus berlaku di Malaysia. 


Katanya, kedaulatan negara dianggap berada di tahap buruk kerana membiarkan warga asing mengibarkan bendera negara mereka.   

“Sedangkan tiada negara di dunia yang membenarkan perbuatan mempromosi bendera negara lain,” katanya di sini.  

Baru-baru ini tular sekumpulan warga asing mempamerkan bendera China pada perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Pada Sabtu lepas media melaporkan polis mengesah penganjur perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan mempamerkan bendera China sebagai melanggar syarat permit.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, penganjur mempunyai permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.

Ekoran itu 16 warga China dan seorang lelaki warga tempatan berumur 49 tahun yang merupakan pengiring disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melanggar syarat dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949, kesalahan mengibarkan bendera asing ketika perarakan. 



Bagaimanapun seorang pemimpin Umno dilapor berkata, orang asing tiada kesalahan mengibar bendera negara asing. 

Sebelum itu pada awal Oktober media melaporkan 33 pelajar sekolah Chung Ling Private High School Pulau Pinang yang berasal dari China mengibar bendera negara mereka pada satu perhimpunan di sekolah terbabit.

Dr Zulkeflee juga berkata, biar pun penganjur memohon maaf, namun kerajaan seperti membiarkan kesalahan serupa terus berulang tanpa tindakan tegas.

Post a Comment

0 Comments