Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelantan bincang isu kritikal keterjaminan makanan

 


KOTA BHARU: Persidangan Asia Tenggara Mengenai Keterjaminan Makanan dan Kelestarian (SEACOFFS) yang akan diadakan di sini pada 17 dan 18 November ini.


Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, lebih 40 ahli akademik tempatan dan rantau ini bakal membentangkan kertas kerja.



Katanya, 'Keterjaminan Makanan yang Mampan dengan Penyelesaian Pintar Iklim' menjadi tema persidangan itu dengan mengambil kira perubahan cuaca global mengancam sektor pertanian.


"Persidangan itu akan diadakan selama dua hari. Resolusinya boleh menjadi panduan untuk pelan bertindak bagi perancangan pembangunan pertanian khususnya di Kelantan," katanya di sini.


Persidangan itu dianjur Yayasan Strategik Lestari (YSL) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


Ia akan diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu, dijangka membincangkan isu-isu kritikal berkaitan dengan keterjaminan makanan dan kelestarian alam sekitar.


Ia membabitkan pembuat dasar di peringkat kerajaan, ahli akademik dan pemain industri yang dijemput dari seluruh negara di Asia Tenggara.

Post a Comment

0 Comments