Ticker

6/recent/ticker-posts

UPKN terbit Fajar Islam edisi khas SG4



KOTA BHARU: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) menerbit majalah khas berkaitan Kerajaan Empat Negeri (SG4) membabitkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Isu berkaitan SG4 menjadi fokus Fajar Islam yang diterbit bagi edisi Julai-September 2024, diedar secara percuma kepada orang ramai.

Edisi khas tersebut setebal 28 halaman diterbit UPKN memaparkan berkaitan Sidang Kemuncak SG4 yang diadakan di Bangi, Selangor pada 2 September lepas.

Pengarah UPKN Raduan Awang Hamat berkata, UPKN memuatkan semula apa yang berlaku di Sidang Kemuncak SG4 untuk berkongsi maklumat dengan rakyat di empat negeri dan orang ramai.

Katanya, Fajar Islam mengutip semula ucapan Ketua Panel Penasihat SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Panel Penasihat SG4 Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Selain itu mengolah semula ucapan empat Menteri Besar iaitu Menteri Besar Terengganu Ir Dato’ Dr Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mohamad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

“Turut dipaparkan tulisan Ketua Sekretariat SG4 Prof Madya Mohd Hanif Yaacob dan wawancara bersama Exco Pertanian Terengganu Dr Azman Ibrahim,” katanya di sini. 

Fajar Islam terbitan kali ini mempersembahkan susun atur yang lebih kemas dan menarik bagi memberi keseronokan kepada pembaca.

Fajar Islam keluaran khas tersebut diedar sempena Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Malaysia dan ceramah perdana ulangtahun ke-34 dasar Membangun Bersama Islam di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan pada Sabtu lepas.

Majalah tersebut diterbit secara berkala empat bulan sekali. Selain itu UPKN juga menerbit Buletin Darulnaim setiap bulan. 

Manakala Perbadanan Menteri Besar Kelantan pula menerbit majalah korporat Qiadah yang memaparkan pelbagai isu di Kelantan dan nasional.

Post a Comment

0 Comments