Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelantan-Thailand rintis program pertukaran belia


KOTA BHARU: Kelantan akan menganjur sukan mahabah belia antara Kelantan-Thailand bagi meningkatkan kerjasama antara dua negara berjiran.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Hubungan Antara Kaum, Zamakhshari Muhammad berkata, hasrat itu dicapai hasil pertemuan dengan pimpinan belia dari Thailand baru-baru ini.

Katanya, program membabitkan pimpinan belia Kelantan dan Thailand diadakan sebagai usaha meningkatkan pengalaman terutamanya di bidang sukan.

“Pertemuan tersebut diadakan dengan pimpinan belia dari Institute Of Youth Life Quality Development yang diketuai pengerusinya Chanon Abdul Aziz Dalai.

"Mereka merupakan graduan universiti yang datang dari beberapa wilayah di Thailand," katanya di sini. 

Menurutnya juga kerajaan negeri akan mengadakan program pertukaran pimpinan belia pada masa akan datang.

“Pertukaran pimpinan belia penting bagi menambahkan ilmu pengetahuan, memandangkan mereka merupakan bakal pelapis pemimpin negara masa hadapan,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments