Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelantan tubuh Akademi Sains Malaysia


KOTA BHARU: Kelantan bekerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk mewujudkan Ruang Daya Cipta (RDC) di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hamzah dekat sini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, RDC merupakan hab reka cipta, teknologi dan inovasi.

Katanya kerajaan negeri menyediakan tapak sementara dan YIM menyumbang dana sebanyak RM300,000 untuk menyediakan kemudahan termasuk kecerdikan buatan (AI).

"YIM akan membuka RDC di UTC membabitkan peruntukan sebanyak RM300,000 insya-Allah akan menjadi kenyataan tahun hadapan.

"Usaha ini untuk dimanfaatkan pelajar-pelajar di Kelantan," katanya selepas Majlis Apresiasi Guru Terbaik Mata Pelajaran Peperiksaan tahun 2023 di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah YIK (Pengurusan), Mohd Kamaruddin Omar; Timbalan Pengarah YIK (Sekolah), Che Kamarudin Kamel Che Muhammad dan Timbalan Pengarah YIK (Kenaziran), Sukeri Hussin.

Wan Roslan yang juga ADUN Pengkalan Kubor berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan Akademi Sains Malaysia Cawangan Kelantan.

Menurutnya sebuah premis milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di pusat bandar Kota Bharu dicadangkan sebagai tapak pusat pembelajaran tersebut.

Lokasi tersebut akan dijadi pusat pembelajaran sains dan teknologi bagi pelajar-pelajar mendalami ilmu pengetahuan termasuk ilmu astronomi, melihat anak bulan dan sebagainya.

Post a Comment

0 Comments