Ticker

6/recent/ticker-posts

Kak Lah sedia telaga tiub bantu rakyat


RANTAU PANJANG: Keperluan air bersih menjadi hambatan utama bagi mangsa-mangsa banjir memandangkan bekalan air sedia ada mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Ahli Parlimen (MP) Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, bekalan air dari loji banyak yang terganggu akibat paip utama pecah dan rosak kerana banjir. 

Kata beliau kerosakan itu sudah tentu proses pemulihan mengambil masa untuk dipulihkan. 

Manakala penduduk kampung yang menggunakan sumber air dari perigi juga berdepan masalah kerana ada telaga dimasuki banjir bercampur selut.

“Bagi mengatasi masalah tersebut Kak Lah menawarkan air dari telaga tiub di rumah saya untuk kegunaan orang ramai. 


“Air dari telaga tiub boleh dimanfaatkan jiran-jiran berdekatan yang memerlukan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Oleh itu kata beliau jiran-jiran yang memerlukan boleh datang mengambil air secara percuma.

Diharap jangan ada antara kita yang bersikap mementingkan diri untuk mendapatkan air yang banyak.

“Sedangkan ada jiran lain menunggu sehingga tiga jam untuk mendapat bekalan air. Kak Lah wakafkan air telaga untuk jiran yang memerlukan. Berlaku ihsanlah kepada saudara dan jiran kita,” 

“Bagi saudara kita yang ada telaga atau sumber air bantulah jiran-jiran yang memerlukan. Bantu mangsa banjir ambil air perigi,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments