Ticker

6/recent/ticker-posts

Skim Khairat Kifaalah bantu keluarga warga emas

SALMAH MAT HUSAIN

TUMPAT: Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri mula diperkenalkan pada tahun 2007 bertujuan untuk membantu keluarga warga emas yang meninggal dunia khususnya berkaitan pengurusan jenazah

Ketika itu namanya Skim Takaful Kifaalah Warga Emas.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, biar pun skim itu sudah lama, namun masih ada anggota masyarakat yang berkelayakan belum mendaftar.



Katanya, pada awal penubuhan skim itu usia warga emas yang layak untuk memohon iaitu 60 tahun ke atas, namun sekarang sudah turun kepada 55 tahun.

"Bagaimanapun masih ramai rakyat Kelantan terlepas pandang berhubung perkara itu termasuk di Dun Pengkalan Kubor," katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Khadijah Hussin sebanyak RM1,000 di sini semalam. 

Sehubungan itu Wan Roslan berharap rakyat Kelantan yang memenuhi syarat supaya mendaftar bagi membolehkan keluarga mereka mendapat sumbangan kerajaan negeri apabila berlaku kematian.

"Banyak perkara dapat digunakan melalui sumbangan kifaalah antaranya pengurusan jenazah, perbelanjaan apabila suami meninggal dunia atau membayar hutang simati," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments