Ticker

6/recent/ticker-posts

SOKONG NGO BANTAH URA

 


PAS Kelantan menyatakan sokongan penuh terhadap bantahan yang dikemukakan oleh gabungan 31 NGO terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA). Akta ini dilihat sebagai satu langkah yang berpotensi memberi kesan besar kepada komuniti bandar khususnya golongan Melayu dan masyarakat berpendapatan sederhana yang telah sekian lama menetap di kawasan tersebut.

PAS Kelantan berpandangan bahawa akta sedia ada sudah mencukupi untuk memastikan pembangunan bandar yang seimbang tanpa perlu wujudnya satu mekanisme baru yang membuka ruang kepada kapitalis untuk memonopoli perumahan di kawasan bandar. Jika URA dilaksanakan, ia akan menyebabkan kenaikan harga rumah yang mendadak, sekali gus menyingkirkan penduduk asal yang tidak mampu membeli semula rumah mereka selepas proses pembangunan semula.

Cadangan kerajaan bahawa bank boleh menyediakan pinjaman kepada penduduk terkesan bukanlah satu penyelesaian tuntas kerana ia hanya akan menambah beban kewangan rakyat. Sebaliknya, kerajaan perlu lebih menumpukan kepada dasar perumahan yang lebih inklusif serta mengekalkan keseimbangan demografi bandar tanpa mengorbankan hak penduduk asal.

Sehubungan itu, PAS Negeri  menggesa pihak kerajaan untuk menarik semula cadangan URA dan membuka ruang perbincangan yang lebih telus dengan semua pihak berkepentingan termasuk NGO, pakar perumahan dan wakil penduduk bandar. Sebarang dasar pembangunan tidak seharusnya dibuat dengan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan kesan jangka panjang kepada rakyat dan kestabilan sosial.

PAS Kelantan berdiri teguh bersama NGO dan semua pihak yang menentang URA demi memastikan hak dan kepentingan rakyat khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah terus terpelihara dalam arus pembangunan negara.

Lajnah Penerangan & Media Baharu PAS Negeri Kelantan

Post a Comment

0 Comments