Ticker

6/recent/ticker-posts

Bazar Ramadan di stadium Sultan tetap meriah

 



KOTA BHARU: Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV tetap meriah biar pun Lembaga Pemasaran Pertanian (Fama) menarik diri daripada mengendalikan bazar tersebut tahun ini. 


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Zamakhsari Muhammad berkata, tapak berkenaan diurus syarikat swasta iaitu Tun Event Management.


Katanya Bazar Ramadan Fama sebelum ini berkonsep bazar Ramadan pasar tani, manakala di bawah pengurusan baru ini lebih kepada food fair (pesta makanan).


"Persekitaran khemah agak besar, antara jarak luas, orang lalu lalang tidak bersesak dan antara khemah ada peneduh," ujarnya selepas melawat bazar tersebut baru-baru ini. 



Tun Management menyediakan khemah bersaiz 100 kaki persegi dan pihak penganjur turut mengadakan pertandingan gerai paling cantik, selain pelbagai acara sepanjang Ramadan.


Bazar tersebut menyediakan 160 unit berbanding 225 sebelum ini.


Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Kelantan berkata, beberapa pengunjung yang ditemui meyatakan mereka cukup selesa membeli juadah berbuka di bazar Ramadan tahun ini.


Begitu juga peniaga yang ditemui melahirkan rasa syukur perniagaan di situ tetap rancak kerana menjadi tumpuan ramai. 


Terdahulu tular di media sosial  keluhan peniaga yang kononnya mengatakan harga tapak bazar Ramadan yang dikatakan mahal.

Post a Comment

0 Comments