Ticker

6/recent/ticker-posts

Pusat pernah pertikai isytihar Kota Bharu Bandar Raya Islam



KOTA BHARU: Kementerian Perumahan dan  Kerajaan Tempatan (KPKT) pada awalnya mempertikaikan langkah kerajaan Kelantan mengisytiharkan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam kerana tidak memenuhi kateria yang ditetapkan KPKT.


Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri memberi hujah langkah tersebut serupa kerajaan Melaka apabila mengisytiharkan Majlis Perbandaran Melaka Bandar Raya Bersejarah.


"Begitu juga Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Raya Pelancongan menyebabkan KPKT akhirnya akur," katanya pada forum Bandar Raya Islam anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Madinah Ramadan Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV baru-beru ini. 



Forum berkenaan turut menampilkan bekas Exco Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Fattah Mahmood dan Exco Kerajaan Tempatan Hilmi Abdullah.


Takiyuddin yang juga Yang Dipertua PAS Kota Bharu berkata, arwah Tok Guru Nik Abdul Aiziz merupakan pencetus kusaha untuk menjadikan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam.


 

Selain itu mantan Menteri Besar terbabit sering menekankan aspek penjagaan kebersihan.


"Malah almarhum orang yang paling berani membuat teguran keras terhadap sikap masyarakat yang mempunyai tabiat suka membuat kotor.



MPKB diisytiharkan sebagai Bandar Raya Islam oleh Sultan Kelantan Al Marhum Sultan Ismail Petra ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra pada tahun 2005.

Post a Comment

0 Comments