Oleh Dr Zulkeflee Yaacob
TAN Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dianggap mempunyai pengaruh yang kuat menjadi indikator penyatuan dalam parti terbabit.
Kepimpinannya untuk terus menerajui PAS dilihat perlu kerana beliau mempunyai pengaruh begitu besar. Dilihat sebagai susuk ulama yang memiliki ilmu agama yang luas dan mendalam.
Pengalaman sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Menteri Besar Terengganu 1999-2004, Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Muslim Antarabangsa 2014-2018 Ketua Yusuf al Qaradawi dan Yang Dipertua KUM (Kesatuan Ulamak Muslim) cawangan Malaysia 2016 -2018 begitu berharga.
Ketokohannya sebagai ahli ilmu Islam dan politikus veteran yang sudah lama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Marang dan Presiden PAS sejak tahun 2002.
Majoriti diperolehinya sebanyak 2724 pada PRU-12, meningkat 5124 dalam PRU-13 dan melonjak kepada 21,954 dalam PRU-14. Kemudian menang besar dalam PRU-15 dengan majoriti 41,729 termasuk berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu bersama parti Bersatu sebagai komponen Perikatan Nasional.
Kejayaannya meraih kecemerlangan PAS apabila tumbang Barisan Nasional dikepalai Umno di Perlis, Kedah di samping kekal di Kelantan tiada tolak banding.
Malah pengaruh PAS di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka serta Sabah serta Sarawak makin terserlah. Dakwah berakar tauhid dan tarbiah pula menyuburkan kerohanian dan memupuk agenda kenegaraan melalui kuasa untuk melaksanakan aturan hidup yang digaris dalam Quran dan sunnah Rasulullah.
Panduan umat Islam jelas bersumber dari samawi ketentuan Ilahi, namun manusia mencari kebebasan bersumber akal semata-mata.
Wujudlah pelbagai ideologi seperti sekularisme, demokrasi, konservatisme, komunisme dan liberalisme. Umpamanya liberal atau liberti makna bahasa, iaitu “bebas”.
Islam mengajarkan menutup aurat bagi wanita tetapi kumpulan liberalisme menganjurkan pakaian yang disukai dan apa-apa sahaja asalkan menjaga had kesantunan di khalayak.
Fahaman liberal kontras dengan sifat manusia yang berakar tauhid. Ideologi liberalisme diwujudkan sebagai wadah keselamatan dimulai zaman Renaisance Eropah suatu waktu berkecamuk dan berlaku pertumpahan darah.
Mereka migrasi ke negeri umat Islam dan cuba membenih kepada generasi sebagai normalisasi fahaman berkenaan.
Oleh itu tidak pelik PAS masih memerlukan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai Presiden untuk memimpin dan menerajui parti Islam itu.
Biar pun dilihat agak uzur dari segi kesihatan, usia dan terbatas pergerakan tetapi beliau wajar kekal sebagai presiden.
PAS diharap menjadi parti alternatif menggantikan Umno dan wadah masyarakat Malaysia setelah parti orang Melayu khususnya Umno telah keluar dari jalur dasar dan prinsip parti, sebaliknya bersama dengan parti komponen Sosialis Antarabangsa (SI) yang beraliran “haluan kiri tengah” dan menerap idealogi demokrasi sosial, konservatisme, liberalisme dansekularisme.
0 Comments