Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

utama

ZIA DANAU TOK UBAN CATAT KELUARAN 227 TAN METRIK, JANA RM1.8 JUTA TAHUN 2024


Oleh: Asri Hamat

PASIR MAS, 26 Mei – Zon Industri Akuakultur (ZIA) Danau Tok Uban (DTU) terus mencatat pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan keluaran sebanyak 227 tan metrik hasil ternakan ikan sangkar bagi tahun 2024, dengan nilai pasaran mencecah RM1.8 juta.

Pengarah Perikanan Negeri Kelantan Ismail Ibrahim berkata, pencapaian tersebut melibatkan penyertaan seramai 86 penternak yang mengusahakan ternakan ikan dalam 728 sangkar di tasik berkenaan.

“DTU telah dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi sejak 2018, dengan permulaan melibatkan 35 penternak dan 134 petak sangkar.

"Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Kelantan turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi bantuan sangkar dan input penternakan, yang seterusnya menyaksikan peningkatan kepada 49 penternak dengan 364 petak sangkar,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat sempena lawatan rasmi Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud ke Jajahan Pasir Mas, termasuk kunjungan ke ladang solar terapung di Danau Tok Uban, pada Khamis.

Pada tahun 2020, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan pewartaan tasik Danau Tok Uban sebagai kawasan Zon Industri Akuakultur, dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar ketika itu, YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Dr. Mohd Amar Abdullah.

Menurut Ismail, pengiktirafan DTU sebagai ZIA telah memudahkan proses penyaluran peruntukan daripada kerajaan, sekali gus mempercepat peningkatan taraf sosioekonomi komuniti penternak setempat.

“Melalui projek ini, bilangan penternak dan jumlah sangkar terus bertambah dan kini mencecah 728 petak. Jabatan Perikanan Kelantan menyasarkan 1,000 petak sangkar menjelang 2030, selari dengan usaha menjadikan ZIA Danau Tok Uban sebagai destinasi agropelancongan yang mempromosikan industri akuakultur secara mampan,” jelasnya.



Catat Ulasan

0 Ulasan