![]() |
YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan |
Oleh: Asri Hamat
KOTA DARULNAIM, 4 Jun- Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sentiasa bersiap siaga bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi di sepanjang musim perayaan sempena sambutan Aidiladha pada tahun ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, persediaan AKSB untuk membekalkan air bersih semasa perayaan adalah sama seperti musim lalu.
"AKSB buat persediaan untuk bekalan air bersih di musim perayaan Aidiladha sana seperti musim perayaan Aidilfitri yang lepas.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di Mabna, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
Katanya lagi, sambutan Aidiladha di Kelantan sentiasa meriah secara tradisinya.
"Kalau mahu sambut hari raya Aidiladha, sambutlah di Kelantan, kerana sambutan Aidiladha di sini sangat meriah.
"Jadi saya atas dasar semangat kekeluargaan sangat-sangat menantikan kepulangan anak-anak Kelantan di perantauan untuk pulang beraya bersama keluarga.
"Cuma, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat. Semasa di jalan raya, pastikan memandu dengan berhemah dan berhati-hati serta mengikut peraturan," ujarnya.
0 Comments