Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
SHAH ALAM, 23 Jun – Anak-anak Kelantan di perantauan merupakan tulang belakang perjuangan Islam yang perlu bersatu mempertahankan negeri daripada tersasar daripada dasar Membangun Bersama Islam (MBI).
Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menegaskan bahawa hubungan erat di antara kerajaan negeri dan anak-anak Kelantan di perantauan – sama ada di dalam negara mahupun di luar negeri – merupakan aset penting dalam mempertahankan dasar pentadbiran Islam yang diamalkan Kelantan sejak sekian lama.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra Anak Kelantan Pasir Mas di Perantauan di IDCC Shah Alam pada Ahad.
Majlis jalinan mahabbah itu dihadiri ratusan warga Kelantan dari Lembah Klang.
“Semua kita ada tanggungjawab besar. Jangan pandang ringan peranan anak perantau dari Kelantan yang ada jiwa perjuangan.
"Taukeh Harum Manis di Perlis pun asalnya orang Kampung Chat, Pasir Mas. Ayahnya datang teroka tanah di Chuping. Sifat orang Kelantan memang begitu – suka meneroka hingga ke Siam. Tapi mereka tetap balik Kelantan waktu pilihan raya,” ujar beliau penuh semangat.
Mengimbau ketabahan rakyat Kelantan semasa zaman penjajahan Jepun, Dato' Mohd Nassuruddin berkongsi kisah kesusahan rakyat dahulu yang terpaksa membeli beras menggunakan sukatan kulit telur, namun tetap mempertahankan nilai agama dan menghormati para alim ulama.
“Jepun pun hormat imam, tak kacau alim ulama. Kita mahukan hak kita, tetapi mesti melalui jalan perundingan. Seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), kita minta ia diiktiraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
"Ambo sendiri bercakap satu sama satu dengan Perdana Menteri,” katanya.
Beliau menambah bahawa negara jiran di selatan Thailand kini sedang membangunkan lapanganl terbang antarabangsa yang akan digunakan rakyatnya untuk ke Mekah, sekali gus merancakkan ekonomi mereka.
Oleh itu, cadangan menaik taraf LTSIP sebagai hab antarabangsa akan memberi manfaat besar kepada rakyat Kelantan.
“Kalau pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri sekarang untuk naik taraf LTSIP sebagai lapangan antarabangsa, rakyat Kelantan akan kenang sampai bila-bila. Ini hasil daripada budaya politik matang dan sejahtera yang kita amalkan,” katanya.
Menteri Besar turut mengingatkan bahawa mempertahankan kerajaan negeri bukan semata-mata melalui sokongan moral, tetapi melalui penglibatan aktif rakyat dalam proses pilihan raya, termasuk balik mengundi.
“Menang bukan mudah. Orang dulu menabung sepuluh sen dalam tabung buluh untuk perjuangan Islam. Kita boleh mula dengan RM1 sebulan sebagai persediaan balik mengundi.
"Jangan harapkan tambang diberi, nanti pemimpin pula dituduh merasuah,” tegasnya.
Dato' Nassuruddin turut menggesa agar hubungan antara anak-anak Kelantan di perantauan dengan keluarga di kampung serta dengan pemimpin negeri sentiasa dipelihara agar perjuangan membangunkan negeri bersendikan Islam dapat diteruskan.
Beliau turut membandingkan semangat rakyat Aceh yang berjaya mempertahankan wilayah maritim mereka melalui diplomasi selepas tragedi tsunami, dan mencontohi Kelantan dalam pelaksanaan undang-undang Islam.
“Aceh berjaya mendapatkan semula sebuah pulau yang kaya gas melalui perundingan. Mereka juga melaksanakan hudud yang mereka pelajari daripada Kelantan.
"Saya sendiri terlibat memberi taklimat kepada pentadbir Aceh,” katanya sambil menegaskan bahawa Kelantan kini menjadi model rujukan bagi wilayah Islamiah serantau.

0 Comments