Oleh Dr Zulkeflee Yaacob
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menekan tombol perang apabila negara 'polis dunia' itu melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Fordo, Natanz, dan Esfahan dalam konflik Israel-Palestine.
Iran dalam reaksi balas melancarkan senjata perang rudal balistik dan drone tempur terhad terhadap Israel kerana cara Iran berperang sinonim main catur bukan tinju-tinjuan.
Bagi Iran serangan terhadap Israel hanya peringkat rendah, dan pembuka pemanasan di medan, iaitu musuh sebenar Iran masih di luar papan catur.
Iran menyiapkan pelan perang tempoh lama dan tiada waktu berakhir melepaskan ratusan rudal, malah ribuan rudal untuk menghancurkan radar dan pangkalan militer AS sekali gus akan melumpuhkan operasionalnya secara total.
Perang baharu bermula di antara Iran- Israel ketika Barat belum konsensus dan turun ke medan, AS juga tidak mengirim pasukan ke Teheran, malah Inggeris masih tidak mengibarkan bendera perang kerana menghitung kos dana awam.
Iran tahu strategi dan teknik perang kerana pengalaman dan keterlibatan di medan perang durasi panjang dengan Iraq.
Iran menunggu pergerakan musuh dan benteng lawan yang menyaksikan kemusnahan teruk dalam seminggu meriliskan senjata perang ke Israel merupakan serangan paling keras yang menandakan perang sudah bermula.
Banyak pihak kagum dengan kekuatan Iran yang tahu dalam bermain catur raja tidak keluar awal.
Israel hancur luluh kerana banyak bangunan runtuh dan Iran menyerang dari prestasi tinggi yang tidak dijangkakan oleh Trump.
Sehingga Trump memberi tempoh dua minggu kepada Israel sebagai langkah diplomatik dan ekonomi serta dinamika geopolitik global.
Jurucakap Rumah Putih meminta tempoh itu pada 19 Jun 2025 sama ada menyerang Iran atau sebaliknya, Israel ragu-ragu atas situasi genting atas penundaan bermakna banyak keruntuhan dari segi strategis dan moral di pihak Israel.
Apalagi penduduk Israel menjadi pelarian ke beberapa negara terutama Cyprus dihuni pelarian elit Tel Aviv Israel yang telah membeli vila-vila mewah sekian lama.
Mereka telah menghitung perang besar dan jalur keluar penyelamatan telah pun disiapkan.
Cyprus bukan hanya suatu pulau damai dan tenang untuk liburan yang jauh dari Gaza tetapi Israel sudah membina pangkalan militer dan jalur kamuflasi untuk siap siaga apabila Tel Aviv runtuh, maka Cyprus menjadi tanah perjanjian jilid dua.
Serangan bertubi-tubi Iran terhadap Israel dihentikan bersyarat dari Iran untuk menamatkan konflik Israel- Palestine atas terma, iaitu penamatan militer Israel ke atas Gaza, penarikan Israel dari wilayah Palestine terutama di Gaza dan Tebing Barat.
Dan pembukaan pintu masuk bantuan kemanusiaan di Gaza untuk mereka bebas membawa bekalan makanan, perubatan dan keperluan kemanusiaan.
Selain itu, pengakuan hak-hak Palestine termasuk hak kemerdekaan dan mendirikan negara Palestine dengan Jurusalam Timur sebagai ibu kota.
Terma terakhir dituntut Iran, iaitu jaminan antarabangsa atas perdamaian Iran dengan pengawasan antarabangsa agar Israel tidak melanggar kesepakatan gencatan senjata kelak.
Sebaliknya AS curiga tentang kekuatan adidaya asing yang membimbing Iran apabila tiba-tiba Iran menjadi kuat.
Pakistan pula dilihat berfungsi sebagai aktor kunci di Timur Tengah. Di sisi lain, ia bukan perang di antara Iran- Israel tetapi pertarungan proksi antara kekuatan dunia.
Trump cuba menahan diri biar pun dia reaktif dalam urusan militer. Pendapat inteligen bahawa Trump mahu mengendalikan perang tanpa membabitkan negara adidaya dunia terjerumus ke dalam perang skala besar.
Israel dalam kasus kritis atas serangan balas Iran telah menghancurkan fasilitas awam bangsa Yahudi menyebabkan Benjamin Netanyahu sangat marah dan kecewa dengan sikap Trump.
Malah tekanan anggota pemesyuaratannya mahu pemimpin zionis yahudi itu merencana perang lebih teratur apa lagi rudal dan radar Israel tidak efektif mencegahnya.
Serangan Iran dengan senjata hipersonik generasi baru suatu sistem iron dome David Sling dan Tad Patriot yang dimajukan bersama AS begitu mudah ditembusi.
Bahkan sistem tercanggih Israel gagal menempis rudal Iran yang menghentam kota Tel Aviv.
Kasus yang berlaku itu memperlihat penganalisis Israel terpinga-pinga tentang bantuan diterima oleh Iran kerana negara terbabit tiada akses sistem navigasi satelit prestasi tinggi.
Malah GPS Iran meningkat secara drastik sehingga berjaya menutup GPS AS untuk negara asing.
Persoalannya rudal Iran meluncur sasaran tepat. Dalam analisis ketenteraan independen dari Institut Keamanan Antarabangsa Stockholm (SSE) bahawa setiap intersepsi rudal hipersonik oleh Tad Patriot memerlukan kos minimum seratus juta dolar ($100,000,000).
Ini tidak termasuk sistem tersebut memerlukan tempoh 30 minit untuk reload. Celahan detik itu dimanfaatkan Iran meluncurkan gelombang serangan kedua terhadap Israel.
Semakan data intelegen Eropah mengesan Iran menerima bantuan dari aktor eksternal yang dirahsiakan kepada awam sama ada China atau Rusia.
China tidak terlibat langsung perang Iran-Israel tetapi China ada daya meluaskan pengaruhnya tanpa agresif melalui Pakistan yang duluan dianggap negara pinggiran radar perang skala besar.
Presiden Trump pada pertemuan peribadinya dengan ketua staf angkatan darat Pakistan, iaitu Jeneral Munir di Washington pada 18 Jun 2025 lalu amat memerlukan Pakistan untuk neutralisasi Pakistan dalam konflik Iran-Israel.
Dalam hal ini, Jeneral Munir dalam posisi istimewa kerana peranan Pakistan menjadi simbol bahawa AS mulai kehilangan ke atas negara Dominica, East Timur, Egypt, Elsalvador Equatorial Guine Eritrea yang menjadi sekutu tradisional.
Meski pun dalam penelitian di lapangan kombinasi banyak faktor termasuk China telah lama menjalin hubungan strategi dengan Pakistan yang mendukung Iran secara terbuka.
Pada Mei 2025 Pakistan secara rasmi membeli 40 unit pesawat B1 tempur J350a dari China, sebuah transaksi sistem pertahanan HQ dan B2 pesawat KJ500.
Ini bukan alat militer biasa kerana J35a adalah pesawat tempur generasi ke-5 setaraf F35 lightning 2 AS dilengkapi sistem avionik mutakhir dan upaya berbahagi data sangat tepat (real time) yang menjadi ancaman realistik bagi dominasi udara AS di Timur Tengah.
Oleh itu, keamanan global berfokus kepada aktor utama yang memberi cerminan harga diri dan tadbir urus suatu negara perlu diperjuangkan kendiri sama ada Iran atau Pakistan tetapi faktanya Pakistan telah berhasil membangunkan citra strategis dengan China.
0 Comments