Ticker

6/recent/ticker-posts

Rakyat Iran tidak takut ancaman kolonial

Dr Zulkeflee Yaacob 

IRAN tidak mungkin dikalahkan atas ukuran negara itu mempunyai sejumlah uranium untuk menjalankan pemprosesan nuklear dan strategi energi lain.

Tiba-tiba Presiden Donald Trump mengumumkan Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordo, Natanz, dan Esfahan tanpa kelulusan Kongres. Ia cukup memalukan. Beliau menambah bahawa Rumah Putih, menuntut agar Iran mesti bersetuju untuk menamatkan perang lalu menyifatkannya sebagai detik massa paling "bersejarah" bagi AS, Israel dan dunia.

 Pengumuman hujung minggu lalu Trump akan memutuskan "dalam masa dua minggu" sama ada untuk menyertai sekutu utama Israel menyerang Iran.
Selanjutnya media antarabangsa melaporkan AS telah menghantar pesawat pengebom strategik B-2 ke Pulau Guam di Lautan Pasifik. B-2 adalah pesawat pengebom yang mampu membawa senjata pemusnah besar seperti GBU-57 Massive Ordnance Penetrator seberat 13,000 kilogram (kg) iaitu bom yang direka untuk memusnahkan sasaran bawah tanah.

Namun, topografi dan geografi Iran sangat luas sebesar tujuh kali saiz negara Inggeris. Malah kawasan Iran dikelilingi pergunungan dengan di sebelah barat berdiri megah pergunungan Zafros yang menjulang tinggi dan di selatan pula laut pantai yang landai.
Di antara kedua lokasi itu terdapat dua gunung besar yang membentuk wilayah yang tidak mungkin ditembusi pasukan musuh. Keyakinan Iran tidak mungkin dikalahkan kerana Iran mempunyai penggendalian strategis dan sistematik atas selat Hormus suatu tempat jalur titik point penting mengalirnya minyak dunia.

Stok minyaknya sangat besar didapati dalam rekod perang bahawa banyak negara habis energi dengan cepat tetapi Iran mampu meneruskan operasional perang kerana stok minyaknya keempat terbesar dunia meski pun terputus dari negara luar namun tetap upaya selama 200 tahun. 

Akhirnya rakyat Iran yang lebih 80 juta sangat taat dan mencintai tanah air. Dalam rekod sejarah rakyat Iran tidak takut membela tanah air biar pun terbunuh dalam peperangan mahu pun ancaman kolonial. Oleh itu, massa memperlihat bahawa dunia tidak aman atas persaingan senjata moden dan perebutan wilayah sudah menjadi babak dramatis sejak purba silam kerana kuasa dan material.

Post a Comment

0 Comments